top of page
YANG DI-PERTUAN AGONG, SULTAN IBRAHIM MENCEMAR DULI DI JAMUAN TEH RAKYAT DI PENGKALAN RAMA, MELAKA.
14 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Rakyat yang diadakan di Dataran Pengkalan Rama di sini, hari ini.
Ketibaan Baginda telah disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Rustam Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum.
Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausahah Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Ahli-Ahli Exco, Timbalan -Timbalan Exco, Ketua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta 1,000 orang hadirin.
Majlis diserikan dengan kehadiran Duta Setiakawan Pelancongan Melaka (Melaka Friedship Tourism Ambassador) Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), Fan Bingbing.
bottom of page