Tender & Sebut Harga

HEBAHAN TAWARAN TENDER BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API UNTUK KAWASAN DAN PREMIS PERBADANAN PEMBANGUNAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA BAGI DAERAH MELAKA TENGAH DAN DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mempelawa syarikat kawalan keselamatan yang berkelayakan, berpengalaman dan memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mengemukakan tawaran tender bagi perkhidmatan berikut:
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api untuk Kawasan dan Premis Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka bagi Daerah Melaka Tengah dan Daerah Alor Gajah, Melaka.
MAKLUMAT PELAWAAN TENDER
-
No. Rujukan Tender: PPSPM/PE/TN/2026 (01)
-
Tarikh Pelawaan:12 November 2026 (Khamis)
-
Tarikh Lawatan Tapak dan Pengambilan Dokumen:
-
17 November 2026 (Selasa)
-
Lokasi Lawatan Tapak (Wajib):
- 10.00 pagi – Eco Cruise Paya Lebar, Masjid Tanah
- 2.30 petang – Dataran Muara, Bandar Hilir
- 3.30 petang – Dataran Taman Rempah dan Pejabat PPSPM
- 4.30 petang – Bangunan Pejabat PPSPM (Melaka Sentral)
-
Tarikh Tutup Tender: 7 Disember 2026 (Isnin), jam 12.00 tengah hari
-
Kod Bidang MOF: 220801 – Kawalan Keselamatan
-
Lesen: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
-
Kelayakan: Syarikat Bumiputera sahaja & Berdaftar di Negeri Melaka sahaja
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Syarikat yang berminat hendaklah mendapatkan dokumen tender mengikut tarikh yang ditetapkan serta membawa dokumen asal dan mengemukakan salinan sijil-sijil berkaitan yang masih sah tempoh lakunya, termasuk:
-
Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM).
-
Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kod bidang 220801.
-
Lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah.
-
Sijil atau pengesahan taraf Bumiputera.
-
Sijil Pematuhan Cukai (TCC), jika diperlukan.
-
Dokumen sokongan lain seperti yang ditetapkan dalam dokumen tender.
Syarikat yang berminat hendaklah memastikan semua dokumen tender dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak PPSPM sebelum tarikh dan masa tutup tender yang ditetapkan.
SEBARANG PERTANYAAN
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)
Dataran Pengkalan Rama,
Pengkalan Rama Pantai,
75100 Melaka.
Telefon: 06-2814322
Kerjasama dan penyertaan daripada syarikat kawalan keselamatan yang berkelayakan amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.
.png)