UNIT INTEGRITI


PENGENALAN
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah ditubuhkan di bawah enakmen No. 3, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka 2005. Enakmen ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, Melaka pada 29 Mac 2005 dan telah diwartakan pada 28hb April 2005. Tadbir urus korporat PPSPM diterajui oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Jumlah Lembaga Pengarah PPSPM menurut enakmen Perbadanan adaah seramai 12 orang. Keanggotaan Lembaga Pengarah Perbadanan seperti berikut :
-
Seorang Pengerusi dan ianya hendaklah orang yang pada masa itu memegang jawatan Ketua Menteri Melaka atau mana-mana orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;
-
Seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;
-
Tiga orang ahli ex-officio iaitu orang-orang yang pada masa ini menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri;
-
Tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
-
Tiga orang ahli yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif/Perbadanan sebagai Setiausaha
Pengurusan Perbadanan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM dan terdapat tiga (3) jabatan utama dan dua (2) unit dibawahnya seperti berikut:.
1. Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan
2. Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat
3. Jabatan Kejuruteraan dan Pengurusan Operasi
4. Unit Audit Dalam
5. Unit Undang – undang dan Integriti
VISI & MISI
VISI
Merancang, menyelaras, mengurus, memulihara, membangun dan mempromosikan pembangunan dan sistem pengangkutan bagi tujuan pemuliharaan, pelancongan dan perdagangan untuk sungai – sungai yang mempunyai nilai ekonomi di Negeri Melaka.
Menerajui perkhidmatan pelancongan pengangkutan air di Sungai Melaka dan lain – lain Sungai yang berpotensi. Menjadi sebuah organisasi yang berintegriti, berwibawa dan bebas rasuah
MISI
FUNGSI
Merupakan dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi.
Memberi keyakinan kepada pihak – pihak yang berminat untuk bekerjasama atau menjadi rakan strategik dalam menambahbaik lagi produk – produk pelancongan dibawah seliaan PPSPM. Mempersiapkan PPSPM supaya mempunyai tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan seksyen 17A ASPRM 2009.
Menyemak tadbir urus Organisasi termasuk mengenalpasti peluang dan ruang yang boleh menyebabkan perlakuan rasuah.
Memastikan pembangunan organisasi yang lestari dan bebas rasuah dengan mengambilkira situasi kini dan masa hadapan.
Memenuhi Objektif Strategik 6.2 Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu ”Memastikan Daya Tahan Terhadap Ancaman Rasuah Di Entiti Korporat” dalam mencapai organisasi yang bertanggungjawab, berkredibiliti dan berintegriti
Malaysia dilihat gagal dalam memperbaiki Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Sektor Awam yang dikeluarkan oleh Transparency International dengan memperolehi skor markah yang semakin menurun iaitu skor 53 (2019), skor 51 (2020), skor 48 (2021) dan skor 47 (2022). Ini memberi persepsi yang kurang baik terhadap Sektor Awam di Malaysia. Walau pun, ada pihak-pihak yang kurang bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International ini, namun, laporan ini masih lagi diterima pakai dan relevan di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia sehingga kini.
.png)