top of page
DJI_0026_edited.jpg

LATAR BELAKANG PERBADANAN PEMBANGUNAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA (PPSPM)

       Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka merupakan cetusan idea dari Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang Di - Pertua negeri Melaka semasa beliau memegang jawatan Ketua Menteri Melaka pada masa itu. Pada awal penubuhan iaitu sekitar tahun 2005, seramai lima (5) orang kakitangan telah dilantik yang mana tiga (3) orang ditempatkan di Melaka River Cruise (MRC) dan dua (2) orang melaksanakan kerja- kerja pejabat. 

​        Selain itu, Melaka River Cruise telah dirasmikan pada 11hb November 2005 dan dirasmikan oleh Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang Di - Pertua negeri Melaka semasa beliau memegang jawatan Ketua Menteri Melaka pada tahun 2005. Sewaktu awal penubuhan Melaka River Cruise, terdapat 2 buah bot sahaja yang beroperasi iaitu Tun Teja dengan kapasiti 20 penumpang dan Tun Fatimah dengan kapasiti 40 penumpang. Namun kini, Melaka River Cruise beroperasi dengan 40 buah bot.​ Setiap bot yang terdapat di sungai Melaka mempunyai nama tersendiri dan nama tersebut sempena nama para pembesar negeri dan negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan negeri Melaka. Perjalanan bagi setiap perkhidmatan bot di fasa 1 ini adalah sejauh 9km dan ia bermula di Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka (pergi dan balik). Tempoh perjalanan untuk setiap pelayaran adalah selama 45 minit. Manakala jarak bagi Fasa 2 pula ialah 5.2km dan ia bermula dari Jeti Pengkalan Rama sehingga ke Yayasan Tok Puan Zurina (pergi dan balik). Tempoh perjalanan bagi pelayaran di Fasa 2 ini ialah selama 1 jam.

bottom of page