KUNJUNGAN (TYT) YANG DI - PERTUA SARAWAK
22 Disember 2024, (semalam) - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berbesar hati dan berasa bertuah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di- Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di - Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan isteri beliau Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman ke Melaka River Cruise untuk menikmati keindahan Sungai Melaka selepas meraikan Majlis Makan Malam. Turut bersama menyelusuri sungai Melaka ialah Tuan Shaharul Azuar bin Idris, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di- Pertua Sarawak kerana memilih Melaka River Cruise sebagai destinasi pelancongan apabila berkunjung ke negeri Melaka.
Mana lagi.. Melaka lerr
Mana lagi.. Melaka River Cruise leerrr