Temasya Sukan Tahunan 2024 SK Sungai Jernih
19 Disember 2024 - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menerima jemputan untuk merasmikan Temasya Sukan Tahunan 2024 SK Sungai Jernih yang diadakan di Padang SK Sungai Jernih, Lubok China Melaka. Perasmian sukan ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Salman bin Haji Salim, Pengarah Jabatan Pengurusan Perniagaan & Korporat mewakili Tuan Shaharul Azuar bin Idris, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM.
Hadir sama Encik Mohd Zuhaili bin Ilham, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Jaafar bin Atan, JPKK, Pn. Rosnani binti Mohamed, Guru Besar SK Sungai Jernih, barisan guru dan semua warga SK Sungai Jernih.
Akhir sekali, pihak PPSPM mengucapkan terima kasih atas jemputan untuk merasmikan temasya sukan ini dan berharap semoga acara tahunan yang diadakan ini dapat mencungkil bakat baru dikalangan pelajar disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga pelajar yang hadir.