Projek Eko - Pelancongan Sungai Linggi
5 September 2023 - YAB Ketua Menteri Melaka bersama semua Ahli EXCO Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan hari ini mengadakan lawatan kerja ke projek Eko-Pelancongan Sungai Linggi yang menjadi mercu tanda baharu pelancongan di Kampung Paya Lebar di sebelah utara Negeri Melaka.
Dengan pelbagai produk pelancongan unik dan menarik seperti kawasan penternakan ikan dalam sangkar, Taman Lokan, Kota Simpang, Restoran Terapung, dan Sabak Arang, sudah pasti ia menjanjikan pengalaman yang menarik kepada peminat eko pelancongan.
Saya yakin, kedudukan geografi sungai ini turut memberi kelebihan kepada Negeri Melaka di dalam menarik lebih ramai lagi pelancong dalam dan luar negara sejajar dengan matlamat kita untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Pelancongan terkenal yang menggamit dunia.
Terima kasih juga kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah MPAG; Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM), Jabatan dan Agensi di peringkat Daerah Alor Gajah, Negeri dan Persekutuan di atas komitmen dalam lawatan ini. Mana Lagi, Melaka Ler!
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuah
#BeraniLaksanaJebat