top of page
Pertandingan Masakan Ikan Air Tawar Sempena Bulan Kemerdekaan 2023
Sempena bulan Kemerdekaan pada tahun ini, pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah mengadakan satu pertandingan memasak ikan air tawar. ini adalah untuk memberi peluang kepada semua masyarakat untuk menunjukan bakat mereka dalam bidang memasak. Apa yang menariknya ialah penyertaan ini terbuka kepada semua golongan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Kepada yang menjuarai dalam pertandingan ini akan diberikan hadiah yang lumayan dan serta sijil penyertaan.
Pertandingan ini juga adalah merupakan satu batu loncatan untuk memperkenalkan produk-produk yang terdapat di Melaka River Cruise kepada masyarakat dan juga pihak luar. Oleh sebab itu, sertailah pertandingan ini. Hadiah yang lumayan menanti anda !
bottom of page