top of page

Pertandingan Memancing Cabaran Sungai Melaka Sempena Sambutan Kemerdekaan 2023

         Pertandingan Memancing Di Sungai Melaka diadakan sempena sambutan Kemerdekaan 2023. Pertandingan ini dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka dan dibantu oleh beberapa agensi yang lain. Pertandingan ini juga dibuat adalah untuk menarik minat para pemancing untuk bersama-sama merealisasikan impian Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Abdul Rauf Bin Yusoh untuk memanfaatkan sungai Melaka dengan sebaiknya. Dengan mengadakan pertandingan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Pemenang akan membawa balik hadiah yang sangat lumayan jika mendapat Juara dalam pertandingan ini. 

Pertandingan Memancing Sungai Melaka sempena Sambutan Kemerdekaan 2023 yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 SEPTEMBER 2023 ( AHAD )

Masa: 8.30pagi hingga 12.45 tgh

Tempat: Pesisiran Sungai Melaka Fasa 2

Yuran: RM 50 satu joran

WhatsApp Image 2023-08-02 at 5.18.08 PM.jpeg
bottom of page