top of page
MAJLIS BERBUKA PUASA
PORTFOLIO PELANCONGAN, WARISAN, SENI DAN BUDAYA MELAKA 2024
19 MAC 2024 / HOTEL GRAND SWISS - BEL MELAKA
19 Mac 2024 - Majlis Berbuka Puasa dibawah PortFolio Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya negeri Melaka telah diadakan di Hotel Grand Swiss - Bel Melaka yang dipengerusikan oleh Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri Melaka. Majlis ini dianjurkan dengan menjemput semua agensi pelancongan yang bersama - sama menjayakan program Tahun Melawat Melaka 2024 pada tahun ini. Antara agensi yang terlibat ialah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Tourism Melaka (MOTAC), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Melaka Taming Sari (MTS), dan Institut Warisan Melaka (INSWA).
Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri tetatmu terhormat iaitu Yang Berhormat Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan,Seni & Budaya negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Yang Berhormat dan juga Datuk Zaidi bin Atan.
bottom of page