Majlis Perasmian Perahu Naga 2023
2 Julai 2023 - YAB Datuk Seri Abdul Rauf Bin Yusoh telah merasmikan Majlis Perlancaran Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2023 di River Information Centre (RIC), Pengkalan Rama.
Majlis Pelancaran ini turut dihadiri oleh YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya. Disamping itu, majlis ini turut dihadiri oleh YB Tuan Low Chee Leong, Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Mohd. Noor Helmy iaitu Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan juga YB Datuk Lim Ban Hong, Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
Sambutan perlumbaan perahu naga ini sangat mengagumkan kerana ramai peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tambahan pula, Pertandingan Perahu Naga ini mempunyai dua kategori iaitu kategori terbuka dan juga kategori tertutup. Kategori terbuka dibuat adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta dari seluruh negara menyertai pertandingan ini. Manakala untuk kategori tertutup pula dibuat adalah untuk peringkat negeri sahaja dimana semua peserta didalam negeri Melaka yang menyertai pertandingan tersebut. kedua- dua kategori ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman yang cukup berharga ini.