PERTANDINGAN PERAHU NAGA TAHUN 2024
9 Jun – Sebanyak 30 kumpulan berentap bagi merebut gelaran juara Pertandingan Malaysia-China Dragon Boat Regatta 2024 di Dataran Melaka Sentral Riverfront, hariini.
Dua kategori dipertandingankan iaitu kategori lelaki dan campuran melibatkan seramai400 peserta daripada 30 pasukan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM13,200..
Pertandingan ini turut disertai peserta dari Negara China manakala peserta domestik dari Selangor, Pulau Pinang,Melakadan Johor.
Johan bagi setiap kategori akan menerima piala pusingan, pingat dan wang tunai RM3,000, tempat kedua piala iringan, pingat dan wang tunai RM1,500 manakala tempat ketiga piala iringan, pingat dan wangtunai RM1,000.
Tempat keempat turut menerima plug pingat dan wang tunai sebanyak RM500, manakala bagi tempat kelima hingga kelapan menerima pingat dan wang tunai sebanyak RM150,” katanya.
Pemilihan Sungai Melaka sebagai lokasi program kerana lokasinya strategik dan mempunyai fasiliti yang mencukupi bagi penganjuran program serta mampu menarik pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat Perlumbaan Perahu Naga.
Pertandingan adalah anjuran bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Persatuan Perahu Naga Negeri Melaka, Galeri Seni Zheng He Duo Yun Xuan dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka (PPSPM).
Majlis pelepasan peserta pertandingan disempurnakan oleh Pengurus Besar BPP, Sa’ari Basiron.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda, menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM dan Pengurus Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd, Nur Azan Hassan.