top of page

" GOLD AWARD"
Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA)

MYQTA (2).jpg
WhatsApp Image 2024-09-24 at 15.32.15.jpeg

25 Julai : Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dianugerahkan ‘Gold Award’  Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTEC).

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Majlis perhimpunan Bulanan & Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di Dewan Alamanda di sini hari ini.

PPSPM telah diwakili Pengarah Jabatan Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Khairunnisa Ibno Masooda yang menerima anugerah tersebut daripada Ab Rauf.

Anugerah MyTQA  merupakan inisiatif MOTAC dalam meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk-produk pelancongan yang terdapat di Malaysia.

 

Ia merupakan satu pengiktirafan kepada produk pelancongan dan memberi pendedahan kepada pengiat-pengiat industry supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan di premis masing-masing. Pelaksanaan program MyTQA ini bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan di kalangan para pelancong  dalam dan luar negara dalam memastikan kualiti pelancongan sentiasa di tahap yang terbaik bagi memenuhi kehendak mereka.

 

Semoga dengan penganugerahan ini akan menjadi pemangkin dalam memastikan mutu perkhidmatan yang lebih baik dan efisen dilaksanakan di Melaka River Cruise (MRC).

bottom of page