MAJLIS TAHLIL ALLAHYARHAM DATUK WIRA ZAIDI BIN JOHARI
26 April - Wargakerja Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari yang meninggal dunia pada 19 April lalu. Beliau yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka Ke-29 adalah Ahli Lembaga Pengarah PPSPM meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di kediaman rasminya di Bukit Peringgit dan menghembuskan nafas terakhirnya ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 8.15 pagi hari tersebut.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tebong, Alor Gajah selepas solat Jumaat dan solat jenazah yangt diadakan di Masjid Al-Azim. Sempena pemergian Allahyarham, wargakerja PPSPM telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin danTahlil di perkarangan pejabat PPSPM di sini, hari ini.
Wargakerja PPSPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluaga Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman. Dititipkan juga iringan doa semoga keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ujian diatas kehilangan orang tersayang serta dipermudahkan segala urusan.