top of page

MAJLIS MAKAN MALAM PPSPM 2024

18 Disember 2024 - Alhamdulillah hari ini menjadi sejarah dan kenangan manis buat semua kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka meraikan Majlis Makan Malam PPSPM bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPSPM yang diadakan di hotel Dusit Princess, Melaka.

Hadir sama dalam majlis ini, YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka , YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, barisan Ahli Lembaga Pengarah, Tuan Shaharul Azuar bin Idris, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM dan semua kakitangan PPSPM.

Pihak PPSPM turut memperkenalkan empat produk baharu Melaka River Cruise antaranya Produk Melaka Sea Cruise, Eco Cruise Sungai Rambai, Premium Cruise Eksklusif dan Restoran Terapung Mendam Berahi yang bakal beroperasi pada tahun 2025.

Seluruh warga kerja PPSPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri kerana sudi meluangkan masa bersama dan turut merasmikan “ Human Resources System (HRS) “ tadi.

 

Selain itu, Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang hadir dan bersama kami semua.

Akhir kata, tahniah kepada semua penerima Anugerah dan pemenang hadiah Cabutan Bertuah sepanjang majlis ini berlangsung.

bottom of page