MAJLIS KHATAM ALQURAN PERINGKAT PPSPM 2024
4 APRIL 2024
4 April 2024 - Majlis Khatam Alquran telah diadakan di perkarangan Pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) pada hari Jumaat bersamaan 25 Ramadan 1445H. Majlis ini merupakan majlis tahunan PPSPM yang akan diadakan dalam sepanjang bulan Ramadan setiap tahun untuk meraikan kakitangan pejabat yang mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Program yang dimaksudkan adalah program yang diadakan dalam setiap bulan Ramadan dimana setiap kakitangan yang berminat akan mengambil bahagian dengan memilih juzuk yang terdapat didalam kitab Al-quran untuk dibaca sehingga selesai 1 juzuk.
Namun, berbeza untuk tahun ini kerana pihak Pentadbiran, Kelab PPSPM telah mengadakan dua majlis sekali dalam majlis tersebut iaitu Majlis Khatam Al-quran dan juga Majlis Pra Hari Raya. Majlis Pra Hari Raya ini ialah dilangsungkan dengan mengadakan sesi bergambar secara beramai - ramai dengan memakai pakaian kebangsaan (baju melayu).