top of page

LAWATAN DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN KE ECO - CRUISE SUNGAI LINGGI

SHAMSUL (3).jpeg
SHAMSUL (4).jpeg
SHAMSUL (2).jpeg
SHAMSUL (6).jpeg
SHAMSUL (7).jpeg
SHAMSUL (5).jpeg

30 April – Produk eko-pelancongan baharu, Eco-Cruise Sungai Linggi di Kampung Paya Lebar dekat sini yang telah memulakan operasinya sejak 21 Disember 2023 lalu terus menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara.

 

Terbaru, Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengadakan lawatan kerja ke PayaLebar, hari ini.

 

Datuk Seri Shamsul Iskandar beserta rombongan seramai 15 orang yang tiba kira-kira jam 10.30 pagi di Jeti Eco-Cruise Kampung Paya Lebar telah dibawa menyusuri Sungai Linggi dengan menggunakan bot Eco Cruise sambal menyaksikan khazanah semula jadi paya bakau ,flora dan fauna.

 

Delegasi turut melawat Sabak Arang, tempat dimana kayu bakau dimasak untuk dijadikan arang.

 

Seterusnya delegasi dibawa untuk makan tengahar idi RestoranTerapung yang terdapat di Taman Lokan, menu istimewa yang dihidangkan untuk mereka adalah masak lemak belimbing buluh udang galah, sambal lokan ,ulam-ulaman serta sambal belacan.

bottom of page