top of page

PROGRAM CSR BERSAMA KAKITANGAN FAMA

CSR (1).jpg
CSR (2).jpg
CSR (3).jpg
CSR (4).jpg

26 April – Seramai 40 Kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA), Ibu Pejabat FAMA Kuala Lumpur dan FAMA Melaka melaksanakan aktiviti pembersihan Sungai Melaka, hari ini. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tersebut turut melibatkan wargakerja Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

 

Turut menyertai program tersebut, Timbalan KetuaPengarah (Operasi) FAMA, Abd. Rahman Mahmood; Pengarah FAMA Negeri, NorAzhar Abd. Hamid dan PengarahJabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat (JPPK) PPSPM, Salman Salim.

 

Peserta telah diberikan taklimat keselamatan di air terlebih dahulu oleh Penyelia Unit Perbersihan dan Pemantauan, Syahir Salim dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

 

Kumpulan pertama akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di ‘boardwalk’ manakala kumpulan kedua akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di air dengan menggunakan bot yang telah disediakan.

 

Antara lain program CSR tersebut dilaksanakan bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada warga FAMA berkaitan manfaat yang diperolehi dalam melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan.

 

Menerusi program ini juga akan dapat mengujudkan tanggungjawab sosial dikalangan kakitangan FAMA di samping mendorong mereka untuk melaksanakan aktiviti yang berfaedah dalam meningkatkan tahap kebersihan di kawasan persekitaran mereka.

 

Ianya juga dapat meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penglibatan setiap individu dalam program khidmat masyarakat di samping dapat mengujudkan semangat bekerjasama.

bottom of page