TEL. PEJABAT : 06 - 281 4322 / 23
ONE NUMBER CALL CENTRE (ONCC) : 06 - 333 3333

Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023
22 FEBRUARI 2024
AIGA 2023
22 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka telah memenangi Anugerah Kategori Gangsa dalam Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023. Anugerah yang diperolehi adalah kali yang ke-2 berturut- turut selama 2 tahun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka bekerjasama dengan pihak AIGA. Penglibatan PPSPM dalam AIGA ini adalah untuk memastikan para kakitangan sentiasa serius dan bertindak dengan penuh amanah sepanjang waktu bekerja.
Ini secara tidak langsung telah menaikkan nama PPSPM dimata semua agensi kerana serius dalam membanteras isu - isu negatif seperti rasuah, tidak jujur dalam bekerja dan sebagainya dalam kalangan kakitangan pegawai PPSPM.
Dengan itu, diharapkan pada masa akan datang Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka memperolehi anugerah seperti ini dengan tahap yang lebih baik.
#RasuahMusuhNegara
#katakantidakpadarasuah
#janganmula

