Perasmian ECO - Cruise Sungai Linggi dan Restoran Terapung
21 Disember 2023 - Tercatat satu sejarah kepada industri pelancongan Negeri Melaka sebaik sahaja YAB Ketua Menteri Melaka merasmikan Pelancaran Eco-Cruise Sungai Linggi dan Restoran Terapung Sungai Linggi. Majlis Pelancaran ini diadakan di Jeti ECO - Cruise Sungai Linggi dan melibatkan semua agensi kerajaan negeri Melaka. Pembukaan ECO - Cruise ini juga merupakan manifestasi hasrat Kerajaan Negeri bagi mempelbagaikan produk-produk pelancongan baharu di Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Pihak PPSPM akan menyediakan sekurang - kurangnya dua buah bot ECO - Cruise yang telah dihias dengan sticker " SUNGAI LINGGI " bagi menunjukkan bahawa PPSPM sangat komited dalam menjayakan impian Kerajaan Negeri. Tambahan pula, bot ini berkapasiti 20 orang penumpang dalam satu masa. ECO - Cruise Sungai Linggi ini akan beroperasi pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, di mana tempahan bot boleh mula dibuat pada 5 Januari tahun hadapan.
Disamping itu, YAB Ketua Menteri Melaka turut merasmikan restoran terapung Sungai Linggi dimana restoran ini berada terapung diatas air dan ini merupakan tarikan baharu yang ingin diwujudkan oleh Kerajaan Negeri. Restoran terapung ini turut menggunakan teknologi terkini dengan menggunakan " kiosk tempahan " untuk memudahkan pelanggan. Udang galah dan ikan patin di Restoran Terapung dengan panorama alam semula jadi akan menjadi tarikan utama bagi semua.