Ucapan Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia & Salam Perpaduan.

Alhamdulillah, Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dengan berkat keizinan dan limpah kurnia-Nya, laman sesawang Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) telah dapat diwujudkan.  

Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan yang telah berusaha untuk menyediakan laman sesawang ini, ini dapat dijayakan dengan kesedaran betapa pentingnya sesuatu laman sesawang kepada sesuatu organisasi itu bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh orang ramai dari dalam dan luar negeri. Usaha mendokumentasikan salah satu khazanah negeri seumpama ini sememangnya satu usaha yang relevan dan wajar diteruskan bukan sahaja untuk memartabatkan sejarah tetapi lebih dari itu untuk difahami, dihayati dan dijana seterusnya oleh generasi yang baru  

Saya berkeyakinan dengan semua maklumat-maklumat berguna yang terkandung di laman ini dapat menyedarkan  masyarakat bagaimana pentingnya untuk menghargai alam semua jadi kita serta bagaimana pihak kerajaan negeri melalui PPSPM telah berjaya membangun serta mengindahkan lagi Sungai Melaka yang mana suatu ketika dahulu hanyalah sebuah sungai yang dipenuhi dengan lumpur dan sampah namun kini Sungai Melaka telah menjadi satu produk pelancongan yang boleh dibanggakan serta diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Malaysia melalui pengiktirafan lokasi utama Cuti Cuti 1 Malaysia, bagi negeri Melaka.  

Sempena ulangtahun ke 2  pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO dan usaha mencapai negeri maju 2010, nama negeri Melaka akan terus melonjak di mata dunia serta akan lebih ramai pelancong yang akan datang melawat negeri ini terutama ke Sungai Melaka.  

Semoga laman ini akan dapat menambah populariti Sungai Melaka dan perkhidmatan Melaka River Cruise dan harapan saya supaya Sungai Melaka akan dapat menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung ke sini sekali gus memeriahkan lagi Sungai Melaka yang penuh dengan sejarah.  

Akhir kata, sekali lagi Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman sesawang ini.

   “MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA, MELAKA MAJU 2010”

YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN HJ MOHD RUSTAM
Ketua Menteri Melaka
Merangkap Pengerusi
Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka.
 



 

PERBADANAN PEMBANGUNAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA (PPSPM)
Penafian : PPSPM tidak bertanggungjawab di atas segala kesilapan, kerosakan dan kerugian kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.