Program "Jom Naik Bot Melaka River Cruise" dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berjaya mendapat sambutan yang amat baik.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini berjaya menarik penyertaan dari sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Melaka.
Melalui program ini para pelajar bukan sahaja dapat menikmati pemandangan dan panorama sungai Melaka, mereka juga dapat melihat sendiri dan mempelajari serba sedikit mengenai sejarah negeri Melaka dari hasil tinggalan sejarah di sepanjang sungai Melaka. diharap dengan program ini para pelajar akan lebih menghargai dan menyanyangi sungai kita.