Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal
Malaysia32  United-States-Flag-32   

INFORMASI UMUM

 

PUSAT KAWALAN PINTU BARRAGE 

 

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) juga bertanggungjawab menguruskan pintu pusat kawalan pintu barrage yang terletak di muara Sungai Melaka. Fungsi Barrage tersebut  ialah untuk menjaga tahap kedalaman air sungai, di mana ianya bertindak seperti sebuah empangan,

Jika di dapati kedalaman air Sungai Melaka melebihi daripada paras yang ditentukan maka air sungai akan dilepaskan ke laut, manakala jika kedalaman air Sungai berkurangan air akan dilepaskan masuk ke Sungai Melaka sehingga kedalaman air sungai yang dikehendaki tercapai.

Ianya juga mengawal paras air Sungai bagi mengelak berlakunya banjir di kawasan-kawasan sekitar Sungai Melaka apabila berlakunya hujan lebat. Selain daripada itu dengan paras air yang sesuai Sungai Melaka akan sentiasa kelihatan cantik dan tidak berlumpur dengan itu pelbagai aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan di Sungai Melaka.

Laman Utama PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN INFORMASI UMUM